Thursday 21 April 2011

BERSATU dengan 'JIN'

BERSATU DENGAN 'JIN' (bab 1)
A’uudzubillaahis samii’il a’liimi Minasyaithaani rajiimi.
Bismillaahi rahmaani rahiimi.
AyahJo berkongsi pengalaman ini yang sudah hampir kurang lebeh 30thn dalam simpanan peribadi. Buat difikirkan bersama, sesungguhnya tujuan AyahJo semata-mata untuk dijadikan pedoman atau laluan mana yang perlu dipilih apabila mengalami setiap situasinya. Jauh sekali dalam niat AyahJo samada untuk mempromosi diri untuk dikenali ramai. Kemudian kelak diberi puji-pujian. AyahJo takut dilamun nafsu riak dan bangga diri. Cukuplah bagi AyahJo memberi kembali pengetahuan setelah diberi Allaah segala kelebehan atau keistimewaannya. Walaupun mungkin sedikit, namun harap mendatangkan munafaat untuk semua. Segala puji-pujian buat sebenarnya buat Allaah. Darinyalah segala ilmu diberi izin mengaji dan mengkaji. Insha’Allaah

AyahJo terharu dengan seorang hamba Allaah yang datang dan mengaku telah dijadikan ‘isteri’ pada makhluk yang dipanggil ‘Jin’. Sukar untuk dipercayai. Kerana banyak persoalan yang mungkin sukar dijawab. Apakah ini boleh berlaku dan bagaimana? Siapa pula mewalikannya?. Mungkin rekaan atau dongengan. Namun kalau diimbas kembali sejarahnya, tidak ada yang mustahil. Maseh ingatkah sejarah “Putri Balqis’. Wallaahu a’laam….

Seorang ibu anak tiga (lelaki semua), berjumpa AyahJo. Ketika itu usianya dalam lingkungan 20an. Nasib malangnya atas sebab dipermainkan dengan kata-kata janji manis lelaki untuk memeluk Islam selepas berkahwin.(pastinya mereka berkahwin secara Civil). Tetapi hingga sudah mempunyai tiga orang anak namun lelaki yang dijadikan suaminya tetap kafir. Sebab onah suaminya itulah, ibu ini kecewa dan memendam rasa yang teramat sangat. Pertama dan yang utama, keluarga ditinggalkan demi kepercayaannya pada sisuami. Umpama “..buang anak buang saudara kerana kaseh diturutkan’. Walaupun benci namun tetap duduk serumah dari tahun ketahun hingga dewasa ketiga-tiga anaknya.

Hadirnya kepada AyahJo sebenarnya untuk minta ‘air’ buat anaknya (atas rekemendasi kakak yang berjiran dengannya. Sedia maklum, AyahJo bukan pengubat sepenuh masa dan tidak mendatangi kepada pesakit selain mereka yang telah mengenali atau atas dasar ‘darurat’. Sebab dalam soal perubatan, AyahJo tidak jadikannya sebagai ‘kerjaya’ malah pertolongan dari hati yang ikhlaas dan Ehksan. Tiada dibandingkan dengan wang ringgit/dolar dalam ilmu sebegini. Itulah pegangan AyahJo. Insha’Allaah).

Berbalik kepada ibu itu, dia bimbang pada sifat anak-anaknya yang terlalu aktif dan kasar hingga melampaui batas dalam setiap permainan gurauannya. Tidak seperti anak-anak sebaya dengannya (Anak-anaknya ketika itu berusia 10,9 dan 8). Kalau pisau yang dia nampak, maka pisaulah yang diacukan. Selagi apa barang pun disekelilingnya akan punah-ranah dibuatnya. Gurauannya bertiga beradek seperti bergaduh. Bengkak atau luka muka dan badan baginya biasa-biasa sahaja. Sering dipanggil guru sekolahnya kerana mencederakan kawan sedarjah. Bapanya pula jarang pulang rumah. Kalau pulang sekalipun pasti dalam keadaan mabuk ‘Botol’. Oleh itu, ibunya yang lebeh ambil berat tentang hal anak-anaknya.

Setelah dipantau keadaan ketiga-tiga anaknya itu, AyahJo dapati bukan hanya anaknya sahaja yang perlu dirawat, malah diri ibunya juga. Pada mulanya diajukan pertanyaan, ibu itu agak tersentak dan rasa berat hati untuk menceritakan segala ‘keadaan’ dirinya. (disembunyikan kisah hubungannya bersama ‘makhluk’ jelmaan). Mungkin dia malu atau takut segala rahsianya akan terbongkar. AyahJo terpaksa tanyakan hal itu kerana ada bersangkut-paut dalam perkembangan hidup anaknya. Kalau tidak dihentikan akan terus dibelengu bukan hanya pada keturunan malah keterlanjuran dosa yang berpanjangan. Dijelaskan pada ibu itu bawasanya pengubatan sebenarnya memerlukan kejujuran dan keikhlaasan hati tampa was-was.

Dengan disaksikan isteri dan kakak ipar serta ibu mertua AyahJo yang sentiasa bersama dalam sesi-sesi perubatan apalagi yang melibatkan luar muhrim. Supaya terhindar dari fitnah. Walaupun mengetahui halnya namun AyahJo perlu pastikan ibu itu dengan redha dan ikhlaas demi kerana Allaah. Dan darinyalah segala kesembuhannya, Insha’allaah.

Selama dalam keadaan kemurungan atas sebab kekecewaan yang teramat sangat, ada yang ambil kesempatan. Hampir tiap malam Jumaat didatangi ‘makhluk’ yang akan menemaninya dikamar. Bertubuh seperti manusia dan ‘gagah’. Pada mulanya memang terasa takut tetapi kerana ‘layanan gagah’ yang diberikan oleh makhluk itu seolah-olah memberikan satu kepuasan seluruh jiwa raga. Minggu demi minggu sudah menjadi kebiasaan dengan layanan yang ‘luar-biasa’ itu sehingga layanan suaminya sendiri sudah hilang nikmatnya. Tiap kali bersama suaminya, tiap kali itu juga sering membayangi perbezaan nafsu yang tidak sehebat ‘Makhluk’ jelmaan yang merakulnya. Bertahun-tahun lamanya ibu ini sudah terjerat dengan rasa kepuasan permainan nafsu sehingga terlahir ketiga-tiga anaknya itu. Wallaahu a’laam.

Hal ini sungguh berat bagi AyahJo untuk mengutarakan pada seorang ibu yang telah terjerumus jauh tersimpang. AyahJo sekadar cuba menasihatinya dan mengubati akidahnya. Kerana hukum-hakam syari’atlah yang akan membawa ibu itu ke laluan yang benar. Tentang ‘makhluk’ itu secara langsung akan lari bila ibu itu sendiri dekatkan diri pada Allaah. Bagi AyahJo itulah sebaik-baik pengubatan untuk diri ibu ini dan juga pada anak-anaknya.

“berdoalah sebelum berjima’(bersetubuh). Sesungguhnya jin dan syaithan itu hanya menanti menyalurkan sama zuriatnya apabila ta’kala dalam jima’ tampa salam dan doanya”
Wallaahu A’laam Bissawaab.

SIAPAKAH YANG MENIDURI AKU (bab 2)
A’uudzubillaahis samii’il a’liimi Minasyaithaani rajiimi.
Bismillaahi rahmaani rahiimi.
Setelah segalanya diceritakan oleh ibu itu, benarlah akan kejadiannya merupakan kesilapan paling besar yang tidak patut berlaku. Ibu itu ingin tahu siapakah sebenarnya ‘makhluk’ yang sering menidurinya setiap malam Jumaat itu. Dia mengaku yang dia sedar akan keadaan itu dan dia juga tahu bahawa yang mengaulinya bukan suami atau manusia biasa. Kerana dia dapat merasakan ‘perlakuan’ yang lain dari yang lain. Kepuasan ‘nafsu bathinnya’ melampaui batas kemampuan manusia biasa. Atas dasar itulah maka ibu itu terasa dingin dan kurang rasa puas apabila dilayani suaminya. Tiap kali bersatu fikirannya akan lebeh tertumpu pada ‘makhluk’ itu.

Kejadian ini berlaku berterusan. Sebati dan semakin asyik. Sehingga ibu itu hamil. Doctor juga mengesahkan kandungannya hampir masuk 3 bulan. Dalam jangkauan 4 atau 5 bulan hamil, anehnya kandungan hilang ‘sementara’. Ibu itu sendiri tidak merasakan adanya bayi dalam perutnya. Beberapa kali jumpa doctor untuk ‘scan’ namun tidak dapat dikesan. Tetapi perut tetap bulat membesar. Apabila masuk 7 bulan, kandungannya kembali nomal. Dirasakan ada gerakan dan ternyata ada bayi jelas dilihatnya di layar ‘scan’. Doktor sendiri tidak dapat jelaskan perkara seperti ini berlaku. Dan ianya berlaku setiap kali mengandungkan anak-anaknya yang lain juga.
Subhaanallaahi.

Segala kejadiannya memang tidak masuk diakal namun tidak jadi mustahil bagi Allaah. Bagi yang memahaminya, tentu sekali persimpangan ibu ini terlalu jauh. Antara dua alam dijadikan satu. Antara yang bathil dan nyata. Mungkin dari mata kasar tidak terpandang sekalipun tersentuh tetapi bathinianya…….Wallaahu a’laam bisawab.

AyahJo langsungkan pengubatan secara lebeh ‘intensif’. (maksud intensif disini adalah secara pemantauan lebeh mendalam berhubung kealam JIN). Sebagai insan yang hanya berpandukan kenyakinan Illaahi, aku berserah padanya. Menyelami alam yang banyak teka-teki akan lebeh mengundang kerosakkan akidah jika kurang berwaspada. Mencabuli urusan yang bukan haq kita (manusia) dipersada penerawangan alam yang dipanggil “Jin”. Entahkan apa jadinya nanti tiada siapa yang tahu melainkan diminta perlindungan dari Allaah semata-mata. Sesungguhnya dapat diberi keampuhan dan kekebalan jiwa dan semangat. Berperang dalam ‘gelap’ menghapuskan yang bathil atas nama Lillaahi Ta’alaa. AyahJo tidak lupa bershukur atas ‘kebolehan, kelebehan dan keistimewaan’ ilmu yang “diPinjamkan” kepada AyahJo. Namun pasti ada batasan dengan apa yang kita niatkan. Insha’Allaah.

Atas keizinan Allaahu, terungkap diantara isi alam yang lagi satu. Dilapisan alam penjuru alam selain kehidupan yang nyata maka ada makhluk lain yang dianggap misteri bagi manusia. Golongan yang ber’kasta’ diantara Air, Darat, Gunung dan Langit. Inilah yang disebut Jin, Mahkluk Halus atau Bunian. (jika ada kesempatan lain, AyahJo akan beri pandangan tentang mahkluk jenis ini).

Berbalek pada makhluk yang bersama ibu itu tadi, adalah dari golongan yang ber’kasta’ Air. Kejadiannya berupa seekor “Buaya Puteh”. Dari mana datangnya, tempat asalnya serta mengapa mendatangi ibu itu, tidak akan AyahJo kisahkan (takut diklasifikasikan sebagai dongengan. Perlu diingat bawasanya alam ‘Jin’ banyak dustanya. Yang kita tahu asal dijadikan cuma satu iaitu dari ‘api’. Persoalannya, Apakah ada persamaan antara makhluk ‘Jin’ dan ‘Bunian’. AyahJo ungkapkan tentang ini dilain kesempatan ). Insha’Allaah.

Ibu itu seperti tidak percaya apabila AyahJo khabarkan bentuk dan perihal ‘makhluk’ itu. Untuk menyakinkannya lagi, dengan izin Allaah, AyahJo bukakan mata ‘bathin’nya untuk dilihat sendiri. Dia terkejut dan langsung pengsan. AyahJo pasti dia telah melihat rupa bentuk makhluk itu yang sebenar. Mungkin apa yang digambarkan sebelumnya pastinya tidak seindah yang dilihatnya. Dia kembali sedar setelah AyahJo renjiskan air bacaan dimukanya dan berinya minum serta beristifar. Dalam pada itulah dia menyesal dan jijik ‘bersuami’kan makhluk berupa seekor binatang. Dia diupacarakan dalam persandingan yang begitu terhormat. Bagaikan ‘Putri’ bertahta di samping ‘Raja’. Dan rakyatnya berpakaian aneh seperti orang dulu-kala. Pastinya itu adalah alam yang jauh sekali berbeza dengan alam manusia sejagat. Yang dipaparkan pada pandangan mata sebagai manusia sebaleknya segolongan buayaApakah perkahwinannya ‘sah’ dalam hukum syari’at???. Bagaimanakah pula dengan ketiga-tiga anaknya? Seperti apakah pula zuriatnya??? Wallaahu a’laam bisawab………

Sesungguhnya kisah ini AyahJo ringkaskan kejadiannya kepada hal-hal yang penting sahaja. Apa yang ingin disampaikan adalah pengertian serta fahaman tentang alam selain alam manusia. Kita jangan terlalu taksub tetapi sekadar satu pengetahuan bawasanya keujudannya tidak dapat     disangkal dan kejadiannya juga adalah ciptaan Allaah.
“‘Kun Fayakun’… jadi maka jadilah ia…. “

Anakku….anak ‘Jin’?(Bab 3)
A’uudzubillaahis samii’il a’liimi Minasyaithaani rajiimi.
Bismillaahi rahmaani rahiimi.
Kuasa Allaah menentukan segala kejadiannya. Pasti ada hikmah disebalik itu. Semoga kita semua dapat ikhtibar darinya.

Berbalek kepada kisah ibu anak tiga itu tadi. Segalanya dapat diatasi berpandukan hukum-hakam dalam syariat Islam yang telah dimaktubkan. Tiada lain selain bertaubat dan kembali kepada asas dalam syahadahnya. Semoga yang terlanjur tidak terulang lagi dan rela hatiyang ikhlaas untuk berubah. Dan selagi Allaah memberi kesempatan membuka jalan amal sebaik-baik amal yang membawa manfaat untuk dunia dan akhirat. Maka itulah peluang untuk kembali kejalan yang diredhai. Insha’allaah.

Seperti manusia, ‘Jin’ juga mempunyai sifat dendam. Menuntut apa yang dirasakan haknya. Dan kepada manusia, hanya yang lemah iman akan mengalah. Buat AyahJo, perubatan sebenar terletak dari hati sendiri. MengkukuhkanIMAN. JiwaAMAN. Akal yangAMIN. AyahJo sekadar bawakan panduan kelandasannya kembali. Memberi serta berkongsi ilmu untuk sama-sama diamalkan. Tiada perubatan sebaik amalan zikir yang diajarkan Rasullullaah S.A.W. Itulah seharusnya dibekalkan untuk para pesakit. Tidak terkecuali dari bangsa ‘Jin’ sekalipun. Kerana mereka juga makhluk ciptaan Allaah.  
“Bantuilah diri kamu sebelum kamu dibantu”.
(soal ini nanti AyahJo akan jelaskan dalam coretan ‘Rawatan Tradisional’ sebagai merangkumi segala hal dan penentuan para perawat dalam bidang perubatan, Insha’Allaah.).

Namun kembali kepada kisah seterusnya. AyahJo tidak dapat lari dari serombongan kuasa dendam ‘Jin’ yang cuba memerangi AyahJo. Semata-mata untuk minta dikembalikan apa yang dianggap haknya. Mengaku anak-anaknya adalah zuriatnya. Sudah AyahJo jangkakan kerana itu adalah tuntutan bagi kaumnya yang hanya sekadar untuk dijadikan alasan. Atau mungkin rasa tidak puas hati dengan campur tangan manusia dalam halnya. Maka berlakulah pengujian kuasa dalam ilmu-ilmunya untuk menguji ilmu manusia.

Mestikah anak-anak itu dikembalikan?. AyahJo berpandukan pada kejadiannya diantara yang nyata dan yang ghaib. Dalam hal ini, anak-anak itu ujud dalam alam nyata(manusia). Walaupun mungkin benehnya berzuriatkan dari bangsa Jin(ghaib). Maka kejadiannya adalah lebeh pada sifat kemanusiaan. Mungkin wataknya sedikit sebanyak berunsulkan “Jin”. Cukup sifat kemanusiaan diciptakan Allaah tidak dapat diubah tetapi hanya perwatakan manusia yang sering bertukar dari masa ke semasa mengikut pada akalnya. Oleh itu, walau perangai seperti Syaithaan sekalipun kalau dapat diasuh kembali, Insha’Allaah. dapat diubahkan. Dan Allaah tidak memilih dari jenis beneh apa yang kita tanam tetapi dari jenis air apakah yang kita siram.
Jasad ibarat beneh ditakungan. Ilmu ibarat air yang diisi. Yang akhirnya nanti akan membentuk segala sifat-sifatnya. Itulah sebenar keadaan manusia” Wallaahu A’laam.

Seterusnya….Berdialok atau berinteraksi adalah satu peranan yang paling penting dalam sesi-sesi sebegini. Asal sahaja kita perlu tahu yang mana pembohongan dan dimana pula benarnya. Dalam seribu perkataan darinya mungkin hanya satu yang boleh dipercayai. Maka dasar pengalaman serta pengetahuan sejarahnya, sedikit sebanyak dapat membantu apalagi Al-Quran sebagai rujukan kita.

Tidak dinafikan segala bicara dimulakan dengan sengketa. Disamping tunjangan panahan ‘Api’ yang disasarkan. AyahJo tidak pasti menang dalam kuasa ilmunya melainkan perlindungan dari Allaah dan berdoa dari bantuannya. Bagaimana atau sekalipun dengan caranya untuk dibasmikan biarlah Allaah yang menentukan. (AyahJo tidak dapat khabarkan tentang adanya segolongan kaum yang membantu. Tersendiri) Segalanya bertawakal kepada Allaah. Akhirnya segala ketegangan pisikal dapat diredakan dan golongan yang memerangi AyahJo dapat ‘dipulihkan’ mindanya. Dengan erti kata, mereka akur dengan kata-kata AyahJo. Dan yang paling AyahJo terasa kesan dihati adalah keikhlaasan mereka untuk mengikuti ajaran-ajaran Islam yang dibawa Rasullullaah kerana sebelumnya mereka tergolong dalam zaman Nabi Allaah Sulaiman sebagai raja pemerintahan sekelian makhluk sebangsanya. Wallaahu a’laam.

Dalam hal sebegini pastinya banyak persoalan yang tidak terbilang dalam akal. Yang merasai yang tahu. Yang mengalami menjadi pengalaman peribadi. Kalau ada yang bertanya, maka jawablah, “Allaah tunjukkan ku antara ciptaannya. Semakin aku terbuai dengan kekuasaannya. Semakin aku merasai insaf. Semakin aku terniat dalam menambah dan pertingkat amalan kejalannya yang diredha olehnya. Insha’Allaah.
“Jadikan aku gagah dalam ilmu mu didunia dan akhirat. Untuk aku gagahi berdiri disyurgamu.”
Aaamiin

Wassalaam dari AyahJo
  


Tuesday 19 April 2011

SENTUHAN antara makhlok?(SAKA)

A’uudzubillaahis samii’il a’liimi Minasyaithaani rajiimi.
Bismillaahi rahmaani rahiimi.

SAKA. Mungkin ramai yang tahu pengamal ilmu ini berhubung kait dengan makhluk yang dipanggil Polong, Pelesit, Penanggal, Hantu Raya, Toyol dan bermacam-macam lagi. Sehubungan dengan itu, kebetulan AyahJo didatangi pesakit dan secara tidak langsung sempat mengambil tahu asal kejadiannya. Namun ketahuilah sebagaimana dalam hal ‘MIstik’ atau ‘Misteri’ tidak tercapai maksud pada akal tetapi akan sentiasa menghiasi kehidupan manusia. Wallaahua’laam.

“..aku mahukan dia dan keturunannya jadi hak ku. Itu janjinya dengan ku.”
Inilah dialok yang biasa kita dengar.

Aku terpaksa ‘tarik’ keluar makhluk degil itu dari tubuh Tok tua yang tidak bermaya, setelah segala kata bicara dengan baik atau damai tidak berhasil. Dalam pengalamanku, aku tahu dan mereka sekeluarga yang sedang berkumpul juga sudah aku maklumkan situasi dan akibatnya. Apa yang disaksikan mereka hanyalah sekujur tubuh yang sedang diamuk kuasa luar biasa akibat amalan ilmu ‘dampingan’nya sendiri.  Mujurlah sempat diketahui segera dan tidak berlarutan. Maksudku……

Dua perkara yang perlu kita tahu disaat keuzuran sipengamal ilmu ‘dampingan’ ini. Antaranya, menyusahkan serta menyeksa ketika sedang dalam nazaknya. Dan satu lagi yang lebeh memburukan berlaku apabila nyawa sudah tiada tetapi jasad maseh berfungsi. Ada kalanya sehingga dua tiga tahun atau mungkin lebeh, bagaikan “Zombi” berkeliaran ditengahmalam. Sedangkan disiang harinya bagaikan orang tua yang sedang tenat terlantar diperbaringan. Inilah perkara yang perlu kita perhatikan. Siapakah yang berpenghuni pada jasad yang mungkin sudah tidak bernyawa lagi?. Wallaahua’alaam, ilmu amalan seseorang tidak dapat diteka pada luarannya apalagi yang tersembunyi. Hanya demi Allah, tidak mahu kita pulang disisinya melainkan dengan ilmu yang diredha olehnya.

“Ustaz! …bapa saya rajin berSolat dan banyak lakukan zikir-zikir hingga lewat tengahmalam. Serumah dengan kami sekeluarga dahulu sering berjemaah bersama. Dia banyak membantu orang dalam ubat-ubatan tetapi tidak seorang pun dari kami ambil tahu atau diajarkan olehnya kerana dia sendiri tidak izinkan kami berurusan dalam hal itu. Sehingga masing-masing dari kami berkeluarga dan punyai rumah sendiri. Dan apabila perkara begini berlaku memang memeranjatkan kami. Sudah hampir tiga bulan dia terlantar begini ustaz…. Sebenarnya apakah ilmu yang diamalkannya?” Pengakuan dari anak lelaki sulung disusuli adek-adeknya yang lain. Mereka juga seperti abangnya keliru dengan apa yang berlaku.

“Wallahua’lam. Kita telah saksikan kejadiannya tadi. Tidak dinafikan kalau ianya diwarisi oleh salah satu dari kamu. Kalau terasa ada tanda-tanda dibayanginya, lebeh baik diluahkan. Kalau boleh kita selesaikan disini supaya tidak bersambung keanak cucu atau keturunannya. Insha’allaah.

Segala jenis ilmu kalau disuakakan dipanggil SAKA. Namun ramai lebeh fahami SAKA dalam pengertian pada pemeliharaan makhluk jenis ‘Hantu’ yang digolongkan dalam sifat-sifat yang berpuaka. Tetapi kita tidak pernah bayangkan bahawa SAKA juga boleh di implikasikan dalam ertikata AMALAN. Seperti ilmu-ilmu zikir yang menghadirkan ‘Dampingan’ makhluk samada yang baik apalagi sebaliknya. Oleh kerana ilmu sebegini tidak menampakkan berpuaka maka ia terhindar dari tanggapan SAKA padahal ianya seiring dan serupa.

Contohnya. Cuba kita katakan pada kawan atau saudara seislam kita.
Aku ada SAKA….” pasti mereka akan jauhi dirinya dari kamu. Tetapi jika kita katakan “Aku ada AMALAN….” yang mendengar lansung mendekati ingin tahu atau kalau boleh minta diajari. Sinonim dalam masyarakat kita lebeh faham tentang SAKA tetapi kurang bijak memilih AMALAN. Namun kedua-duanya tetap ‘berpuaka’ bila disuakakan. Wallaahua’laam.

Berbalik dengan kisah tadi. Dikatakan bapanya bersolat dan banyak berzikir. Mengapa boleh terjadi sedemikian?. Maka aku tidak berupaya mengadili tentang Solatnya kerana bukan hak aku. Tetapi aku pernah mengikuti pada kumpulan zikir atau paling tidak kepada kumpulan-kumpulan Tahlil yang pernah aku kunjungi. (ingatlah ini hanya pengalaman peribadi). ‘Tekong’ atau ketua bacaan memainkan peranan penting dan amat bertanggung-jawab dalam situasi pengendaliannya terutama pada bacaannya. Kalau nadanya jelas dan tenang serta bacaan ikut rentak yang teratur dengan sebutan tajuwidnya sempurna maka Insha’Allaah tercapai maksudnya. Sebaliknya kalau bacaan seperti berlari mengejar waktu, hingga menyebabkan sebutannya tidak jelas dan tidak sempurna bunyi tajuwidnya maka inilah penyebab salah maksud. Jadi lain seruannya. Niat sedekah jadi sarakah. Na’uudzubillaah.

Sekumpulan lagi dalam mempraktikan ilmu Laduni. Berzikir untuk mencapai taraf kekuatan jati diri. Berzikir dalam hati kerana dikatakan rahasia yang tidak boleh diketahui atau dikongsi dengan orang lain melainkan dalam Bai’ah bersamanya. Nama ‘Wali’ diseru hadir dalam ‘suluk’nya. Dalam kusyu’ menerawang sambil duduk menghayun tubuh bagai sudah sampai kematlamatnya. Sebenarnya mengundi nasib dalam amalan antara ‘Wali Allah’ atau ‘Wali Syaithan’ yang menjadi kemudinya. Wallaahua’laam.

Diantara ilmu-ilmu yang lain, dalam perbuatan yang nyata tersimpang dari akidah Islam, sememangnya dijanjikan Allah neraka tempatnya. Na’uudzubillaah.

Penganutnya adalah Akal yang mengamal. Pakaiannya adalah Roh yang mengisi. Penggeraknya adalah Jasad yang membentuk disusuli Qadim sebagai ‘Sampingan’ pembawa dan pembekal maslahat antara amalan dan pengisiannya. Pastinya kepada keketurunan yang bakal mewarisinya. Bagaikan peribahasa, “Kemana tumpah kuah kalau tidak kenasi.”

Kalau dapat kita simpulkan warisan ilmunya, kita pembawa SAKA???. Wallaahua’laam.

Wassalam

Thursday 14 April 2011

SENTUHAN antara makhluk.(Pengabdian)


A’uudzubillaahis samii’il a’liimi Minasyaithaani rajiimi.
Bismillaahi rahmaani rahiimi.

Pengabdian ilmu Syaithan. Seorang nenek tua bersama peliharaannya. Bukan satu malah bermacam jenis makhluk disuakakan. Sehingga kini kedengaran bebas berkeliaran mencari mangsa atau mengganggu ketenteraman individu atau sesebuah keluarga. AyahJo mencari tahu mengenainya. Lantas teringat zaman kanak-kanak dahulu. Terfikir dan berkata dalam hati. Mustahil nenek tua yang sama muncul lagi?. Tahun 60’an atau mungkin sebelumnya terdahulu, usianya dibawa hingga kezaman ini. Pasti tidak mungkin melainkan dengan perjanjian dalam ilmu-ilmu Syaithan atau Iblis Laknatullah. Na’udzubillah.

Kemunculannya dalam dua bentuk dan watak. Biasanya sebagai nenek tua bongkok yang bertongkat dengan wajah sayu, kaseh, pujuk-rayu dan memukau siapa sahaja yang bertemu atau berpandangan dengannya. Itulah caranya untuk memikat mangsa. Suatu ketika dahulu digelar sebagai Penebuk.’ Yang terkini digelar dengan panggilan Mak Minah.’ Apapun gelarannya namun dalam watak dan pembawaan cara ilmunya seperti ada persamaan.

Kemunculan yang satu lagi pula dengan sehodoh-hodoh wajah lagi ganas serta bengis menyeringai dengan taring gigi dari rahang bawah memacak serong keatas(jongang depan). Sekali imbas seperti ‘Pontianak’ tetapi bukan. Makhluk jenis ini jarang muncul tetapi jika nampak berkeliaran disekitaran bermakna ada yang akan menjadi mangsa. Serangannya dengan cara tusukan taringnya kekerongkong lalu direntap keluar memutuskan nadi leher. Dari lobang d**** simangsa akan disedut keluar segala isinya.

Suatu ketika dahulu, dikawasan perkampungan heboh dengan pernemuan beberapa mayat tampa isi serta kekeringan darah. Mangsanya bukan hanya pada manusia malah pada binatang-binatang ternakan. Mereka(orang kampung) percaya perbuatan itu adalah perbuatan manusia yang mengamalkan ilmu-ilmu Syaithan. Dari situlah datang gelarnya dengan panggilan Penebuk’. Wallahua’lam bissawab..

Siapakah makhluk itu?. Setelah berinteraksi dengan makhluk dipanggil Nek Dalang Suri”.(Penebuk atau Nek Minah). inilah kisah seterusnya.

Lahir seorang bayi perempuan yang cacat pada wajah. Semakin dewasa, wajahnya bertambah hodoh dan kelihatan lebeh tua dari usianya yang sebenar. Sebab kecacatannya maka ia dibuang keluarga atas kerana malu. Terutama penduduk kampung yang semakin jijik, tambahan lagi dengan ejekan caci hina serta kejian pada pernampilan gadis hodoh yang diibaratkan seperti ‘Hantu’.

“Aku Suri… tapi dorang tiak ku Nek Dalang Suri. Aku tahu dorang hina ku ngan tiak ‘Nek’… sebab muka ku macam orang tua. (Sambil menoleh pandangkan wajahnya, dengan nada agak tinggi) Tengok ni….hodoh kan. Dorang tiak ku ‘Dalang’ sebab dorang cakap aku bawak sial. Sebab tu dorang buang aku. Lepaskan aku!!!” (jeritan yang meremangkan bulu tengkukku).

Dialok selainnya tidak dapat AyahJo tuliskan disini atas sebab keselamatan. Kerana yang menjiwai akan terpanggil dalam bacaannya. Ingatlah benar atau tidak anggaplah sebagai hiburan sahaja.

Sumpah dendam gadis malang, setelah dihalau dari kampungnya kesemberang pulau yang tidak berpenghuni, bersendiri dalam semak hutan pulau yang terpencil. Dipanjangkan umurnya dalam kehidupan yang bertemankan segala macam binatang dan lain-lain yang tidak terpandang dek mata (Jembalang, hantu dan penunggu segala jenis). Maklumlah, kawasan yang tiada manusia pasti makhluk lain penghuninya. Walaupun takut tetapi lama kelamaan terbiasa dengan keadaan disekeliling. Siapapun yang datang menjadi temannya. Akhirnya terbawa dirinya suatu penemuan dalam satu pengabdian. Kerana kecewa atau kemurungan, apalagi ketandusan iman penyebab Syaithan menggoda. Syaithan mengapi-apikan dendam yang membara kerana dia tahu kelemahannya.  “Sesungguhnya sifat marah dan dendam itu adalah permainan Syaithan.” Na’uudzubillah.

Dicanai Syaithan dengan ilmu azimat. Terperangkap dalam nafsu sendiri. Ilmu Syaithan tidak perlu dihafal sekadar turutkan sahaja kemahuan serta janji setia bersamanya (Syaithan).  “Jadikan aku Tuhanmu, dan aku sedia menolongmu.” Sehingga taraf ilmu puakanya ampuh menembusi batasan akiki, menerawang dalam dimensi sendiri. Itulah kerja Syaithan yang telah berjaya menghasut manusia kejalannya.

Sekembali ketempat lahirnya, seperti melepaskan amukan dendam. Membinasakan setiap yang hidup maupun pada keluarganya sendiri. Sebaliknya, dia sendiri yang binasa dipanah laungan seruan Azan. Namun, kematiannya tidak bertanda. Hangus jadi abu. Ditiup angin dan hilang begitu sahaja. Sesekali bayangannya menghantui penguni kampung. Ada sahaja yang menjadi korban.

Bagaimana keadaannya sekalipun. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Demi kaseh seorang ibu yang melahirkan, akan buat apa sahaja agar dapat  bersama anaknya. Baginya, selagi tiada kubur yang bertanda maka tiada kematian yang berlaku. Cara apapun dilakukan menjadi taksub, sepuas-puas menyeru anak pulang kepangkuannya. Yang pulang sebenarnya adalah sebujur jelmaan yang menyerupai anaknya. Sehingga akhir hayat ibu tua dalam permainan pujanya. Akhirnya terkorban dalam pengabdian Syaithan dan Iblis. Na’udzubillah.

Dia Nek ‘DALANG SURI’, makhluk ‘LANGSUIR’ tetap bergentayangan. Kini pasti ramai yang mengenali. Tidak perlu dicari kerana mungkin dia ada disisi. Kalau roma tengkukmu meremang sebelah kiri, mungkin dia. Kerana kelemahannya menyerang sebelah kanan.

Wallahua’lam bissawab.

Qadim pembawa ilmunya. Selagi ada Jin dan manusia yang tidak beriman pemuja semangatnya. Selagi itu pengabdian Syaithan dan Iblis berterusan. Perhatikan dalam permainan ilmumu, kelak menjadi SAKA pewarismu. Semoga AyahJo kembali dengan SAKA yang tersembunyi dalam diri manusia. Insha’allah. 

Wassalaamu 

 

SENTUHAN antara makhluk.(Perimbun)

A’uudzubillaahis samii’il a’liimi Minasyaithaani rajiimi.
Bismillaahi rahmaani rahiimi.

Kesinambungan pada kisah sebelumnya sebagai menambah ilmu pengetahuan melalui pengalaman serta tinjauan pendapat pada mereka yang pernah mengalaminya. Dibawa bersama dalam kajian pada sejarah terdahulu pastinya AlQuran jadi rujukan. Insha’Allah, kita akan memahami tujuan dan niatnya. Pemilihan segala ilmu adalah haq persendirian dan Allah memberi apa yang kita minta. Asalkan kita perlu tahu Allah yang Esa dan lebeh berkuasa.
“Jasad membentingi pengisian Roh. Benting berpagarkan Kalimah. Isinya berpancarkan Nur. Hati umpama benih yang akan tumbuh dalam syari’at pada setiap amalan. Jiwa umpama buah yang sedang ranub dalam akikat pada setiap ilmu. Pada NurBuwwah kunci tarekat dalam makrifat AsmaulHusna. ” Subhanallah, Betapa sempurna ciptaan Allah pada makhluk dipanggil manusia.

Setelah mengamatinya, mestikah tubuh manusia dijadikan tempat persinggahan mereka(Jin)?. Pastikan tidak kerana mereka(Jin) tiada haq keatas tubuh manusia.

Kini, AyahJo bawa pendengar tentang keujudan diri manusia ketempat mereka (alam Jin) pula. Mungkinkah itu boleh berlaku?. Wallahu A’lam bisawab. Namun tiada yang mustahil bagi Allah memilih diantara manusia mendekati dan memahami ciptaannya. Lalu dijadikan pengajaran untuk kita memilih diantara yang benar sebagai mengukuhkan semangat keimanan. Segalanya kerana ilmu. Walaupun sedikit, menjadi sesuatu pengetahuan buat diri kita. Insha’Allah.

Suluk, kasyaf, patigeni, makrifat, interaktif atau seumpama itu, telah dipraktikan sebelum Islam. Bila kemunculan Islam, cara dan penggunaannya berlandaskan pada syariat serta akidahnya. (perlu pengajian dan pemahaman yang mendalam tentang ini). Dalam pengembaraan cara ini dikatakan mampu meujudkan semangat Roh manusia kepersada Roh Al-Jin walaupun dalam ruang yang terbatas.
“Dalam tidur, roh keluar dari jasad dan berkhabar-khabaran pada roh lain yang hidup mahupun roh yang telah mati. Sekembali roh maka terjagalah jasad. Dalam khabaran roh telah sampai kepada akal. Itulah mimpi. Jika sedang dalam terjaga (tidak tidur) disebut ilham. Ada yang dapat menembusi penglihatan pancaindera diisebut mata bathin. Ada pula yang bertafakur untuk berinteraksi. Yang bersuluk untuk mendapat makrifatnya.” Wallahu A’lam. Segala dalam halnya adalah semata-mata kekuasaan Allah. Tidak akan termampu oleh makhluknya melainkan dengan keizinannya.

Kisah pengalaman ini yang telah mengajari AyahJo cara serta segala kemunafaatannya.
Seorang Kyai mendatangi pesakit ‘Rasukan’ dari gangguan Jin suruhan. Setelah dibacakan Ruqyah dan diberi air minum dari bacaan Ruqyahnya itu, ‘Rasukan’ pada sipesakit kembali reda. Beliau lansung pulang. Selepas solat Isyak bersama dipondok pesantrennya, aku diajak bertafakur dengan zikir-zikir yang diajarkan kepadaku. Setelah itu, inilah pengalamanku ketika pertama kali dalam percubaan ini. Aku dapat rasakan degupan nadiku serta getaran deru angin ditelingaku. Bersama Kyai disisiku telah menghadirkan diri dipersemayaman tuan punya Jin yang mengganggu siang tadi.(ditempat tuannya bermain dengan kerja-kerja kurafatnya). Tiada diantara golongan Jin maupun tuannya menyedari kehadiran kami dikalangan mereka(Jin). Sepertimana sesetengah manusia, ada yang dapat merasakan kehadiran Jin disisinya tetapi tidak dapat melihat dengan mata kasar. Sebaliknya mereka(Jin) dapat melihat manusia, itu yang pasti kejadiannya. Namun atas keizinan Allah jua bersama ilmu-ilmunya walaupun sebaris dua ayatnya memberi manfaat kepada yang meminta kepadanya. Itulah kebesaran Allah memberi kemampuan pada kita yang bertawakal dengannya. Insha’Allah.

Maka dalam pengembaraan tadi, sepertinya kami dikhaburi diri dari pandangan mereka(Jin) yang disifatkan sebagai musuh walaupun dari kalangan manusia yang bersekutu dengannya. Memantau dan mengenali puncanya, cara serta penggunaannya dan yang lebeh mustahak, cari penyelesaian masa’alahnya. Apakah haq kita untuk binasakan makhluk sepertinya sedangkan ia disuruh. Atau haruskah dihapuskan amal ilmunya?. “Elakan pembunuhan kerana mereka(Jin) juga makhluk ciptaan Allah.” Inilah sebabnya mengapa pemantauan perlu dalam urusan sebegini. Berinteraksi memberi peluang keinsafan kepadanya. Bukan sembarangan cari peluang keatas ‘kemenangan’ yang Allah berikan. Sedarlah kita juga makhluk ciptaan Allah. Wallahu A’lam.

Kisah ringkas yang lain. AyahJo teringat dalam tahun 70’an dahulu, kisah dua beradek yang meloloskan diri dari penjara. Hilang tampa bekas. AyahJo pasti ada yang tahu kisah ini. Dikatakan ilmunya digunakan atas urusan yang tidak wajar. Atas kesilapan yang salah dari segi agama maupun undang-undang negara maka hayatnya berakhir dengan penuh tragis.  Wallahu A’lam.

Rasullullah berlalu dikalangan musuh-musuh yang cuba membunuhnya, namun tiada satupun dikalangan mereka melihat atau menyedarinya. Wallahu a’lam.

P/S. Melangkah tampa bunyi. Menyusup tampa kesan. Menyinggah tampa disedari. Gerakan hati gerakan tersembunyi. Tiada kata fitnah, apalagi puji-pujian yang hanya untuk Allah. Atau upah ‘asam-garam’ yang membuatkan kita lalai, bongkak serta tamak. Apalagi memperagakan ilmu yang tidak setinggi mana taraf kemampuan yang Allaah pinjamkan. Itulah makrifatnya. Harap AyahJo mampu warisi tradisinya. Insha’Allah.

Buat semua semoga dapat difikirkan bersama. Insha’Allah. Jika termampu sekali lagi AyahJo bawakan kisah seterusnya yang lebeh ganas dalam sentuhan pengabdian ilmu Syaithan.

SENTUHAN antara makhlok

A’uudzubillaahis samii’il a’liimi Minasyaithaani rajiimi.
Bismillaahi rahmaani rahiimi.
Malam ini, AyahJo ketengahkan kisah yang mungkin menjadi tanda-tanya serta kebingongan kita sebagai manusia tentang keujudan mahklok dipanggil ‘Hantu’ atau yang seumpama dengannya. Samada nyata atau ilusi. Atau keujudannya tidak dapat disentuh sama sakali?. Wallaahu A’lam bisawab.

Bagi yang dinampakan keujudannya, sehingga penyebab rasa ketakutan atau hilang semangat. Tidak dinafikan, semulajadi naluri manusia yang hanya menerima pada pandangan yang bersifat cantik atau menarik namun yang hodoh itu, mentalitinya tersemat dalam kekata ‘hantu’. Sedangkan darimana atau bagaimana kehadiran yang berupa ‘hantu’?, Wallaahu A’laam. Maaf kata, manusia yang cacat hodoh paras rupa, bukan hanya pada kanak-kanak malah sesetengah dewasa yang lihat pasti ketakutan kerana disamakan seperti hantu. Subhaanallaah. Walhal, antara manusia dan jin penghuni alam. Meskipun Syaithan dan Iblis penguasa godaan namun tidak terkecuali dalam ciptaan Allaah. Dan ‘Hantu’ itu sebenarnya tergolong diantara perbuatan manusia dan jin itu sendiri yang telah bersekutu dengan Syaithan dan Iblis. Na’uudzubillaah.

Kembali pada hal penyentuhan antara manusia dengan golongan Jin(hantu KakPon, Nenek dan sebagainya). Apakah kita dapat melakukannya?. Hal ini yang AyahJo ingin ketengahkan. Dalam pendapat berdasarkan pengalaman serta pengajian tertentu, membongkar rahsia yang sedikit diberikan dengan izin Allaah. Walau apapun dapatan AyahJo, jangan terus percaya atau meniru perbuatannya kalau semangat belum menentu. Hanya dibuat berfikir sahaja. AyahJo juga manusia tidak selalu benar…..

AyahJo pernah bercerita tentang kanak-kanak yang berkawan dengan segolongan anak Jin. Mereka bermain, bergurau dan apapun dibuatnya sentiasa bersama. Mereka kenampakan dan bersentuhan antara satu sama lain. Realitinya, hanya kanak-kanak manusia itu sahaja yang merasai. Bagi kita menganggapnya hanya ilusi kerana tidak terpandang oleh mata kasar kita.

Mengaji dan dikaji hal tersebut. Rahsianya ada pada kita yang mengenali semangat sendiri. Apabila ditukil kata-kata yang terdahulu, “….manusia tidak dapat melihatnya(Jin) namun mereka(Jin) melihat manusia. Sedangkan antara manusia dan mereka(Jin) dapat mencederakan antara satu sama yang lain.” Wallaahu A’lam bisawab.

Amatilah kisah AyahJo seterusnya. Diantaranya:
KISAH 1. Dalam sesi pengajian AyahJo ada sesuatu yang luarbiasa berlaku. Diantara murid AyahJo yang hadir terdapat sepasang murid yang serba-serbi serupa. Sedangkan AyahJo tahu tiada murid kembar dalam pengajian AyahJo. Pastinya makhlok ‘Jin’ yang cuba mendengar cakap urusan manusia. Murid yang lain pada mulanya tidak mengetahui apalagi melihat kehadiran makhlok itu. Namun setelah makhlok itu disergah, dalam ketakutannya menyebabkan hijabnya terlihat pada murid-murid yang ada. Yang berani memegang kedua belah tangan makhlok itu supaya tidak lari. Setelah diselidiki, makhlok ini sekadar menumpang mengaji bersama-sama.

KISAH 2. Mahklok yang menjelma secara menerjah atau menyergah depan AyahJo.
Pertama kali, yang pernah AyahJo kisahkan dilaman blog ini dahulu. Sketsa ringkas diimbaskan kembali. AyahJo berjalan pulang dari sekolah malam dijalan yang berbumbung. Diakhir jalan berbumbung itu, tiba-tiba menerpa kepala berwajah hodoh berjuntai dihadapan wajah AyahJo. Melatah dan terperanjat dengan spontan tangan kanan AyahJo menghayunkan penumbuk tepat kewajah itu. Dapat dirasakan genggam buku lima mengenai ‘objek’ dan sengalnya terasa hingga kepangkal lengan. Wajah yang ditumbuk terpelanting dan kemudian terbang kembali sambil menyuarakan bunyi tempekan yang kuat dan nyaring. Itu yang dikatakan ‘Penanggal’.

Kedua kalinya, dimana seorang ‘Nenek’ tua yang bongkok dan hodoh cuba menyusub masuk ketubuh salah seorang keluarga AyahJo, yang kononnya dia suka dan ingin buat kawan. Berlaku dirumah AyahJo setelah tampa sedari waktu pulang dari kerja, ‘Nenek Tua’ ini telah ikut dan menyeludup masuk bersama. AyahJo hanya sedari diwaktu hendak tidur apabila terperasan terasa kelainan pada salah seorang ahli keluarga AyahJo. Seperti orang berkhayal. murung, ada masa ketawa dan sebagainya yang aneh-aneh. Apabila ketahui tentang keberadaannya, AyahJo lansung bertempek menghalau ‘Nenek Tua’ itu supaya tidak mengganggu atau cuba merasuk ketubuh. Sebab kedegilannya, konon menampakan dirinya pada penglihatan yang ada disitu mungkin tujuan untuk menakut-nakutkan. Tetapi kerana sikap AyahJo yang pantang perkara ini berlaku apalagi kalau ada makhlok yang mengganggu dan cuba memasuki tubuh manusia yang bukan haqnya, satu penampar yang kuat singgah kewajah ‘Nenek’ tua itu dari AyahJo. Alhamdulillaah, selepas itu berakhir disitu. ‘Nenek Tua’ menghilang entah kemana?. Wallaahu A’lam bisawab.

Itulah diantara pengalaman selain yang ada selagi AyahJo diberi izin “Mengaji diri. Mengkaji isi. Mengongsi inti.” Apakah ada keinginan untuk AyahJo pamerkan caranya demi pengetahuan bersama. Semoga dapat bersambung sebagai mengakhiri huraian sentuhannya?. Insha’Allaah.

Wassalaamu

selawat NURUDZ-DZATI


Selawat NURUDZ-DZATI
A’uudzubillaahi Samii’il A’liimi Minasyaithaani Rajiimi
Bismillaahi Rahmaani Rahiimi

Ertinya, “Ya Allaah limpahilah rahmat, keselamatan serta berkah kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Yakni semua cahaya dzat dan rahasia yang mengalir dalam semua nama dan sifat, serta kepada keluarga dan sahabat semua.”

Sesungguhnya kalau dapat dijadikan amalan 3kali bacaan setiap lepas Solat. Ditambahkan dengan puasa sunat 3hari berterusan.  ISNIN, SELASA dan RABU atau SELASA, RABU dan KHAMIS. Selama dalam berpuasa dibacakan Selawat tersebut sebanyak mungkin. Dan dihari terakhir puasa, diantara sepertiga  dari malamnya, lakukan Solat Sunnat 2rekaat kemudian dizikiri Selawat ini 99 kali.

Wallaahu A’laam.
Allaah yang memberi rahmat keatasnya sepertimana pengamal-pengamalnya yang terdahulu. Insha’Allaah. Segala puji bagi Allaah yang penyayang lagi maha pemurah.
 Aaamiin